Petronas telah melancarkan Terminal Gas Terengganu yang diberitakan sebagai terminal gas termaju dalam usaha Petronas melonjakkan pembangunan lapangan gas luar persisir Malaysia yang mempunyai kandungan tinggi gas karbon dioksida.

Terminal berkenaan menggunakan teknologi termaju dalam proses penyingkiran karbon dioksida telah di lancarkan secara rasmi pada 18 April 2017 yang lalu.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, TGAST mempunyai kapasiti untuk memproses 700mmscfd gas dari kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand serta Lembangan Melayu Utara di luar pesisir Terengganu.

Lokasi Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand

Katanya, ia akan memberikan jaminan dan kemampanan bekalan untuk pelanggan PETRONAS di semenanjung Malaysia serta kemudahan syarikat itu di rantau ini, khususnya kompleks petrokimia bersepadu di pantai timur.

“TGAST menjadi testimoni terhadap usaha berterusan PETRONAS menambah nilai sumber minyak dan gas yang ditemui di luar persisiran Semenanjung Malaysia.

“Ia juga komitmen yang lebih besar untuk membekalkan tenaga bersih dalam menyokong agenda Malaysia mengurangkan karbon kredit menjelang 2030.

“Terminal ini juga satu pencapaian untuk kami kerana ia bukan hanya memanfaatkan Sistem Membran PN-1 bagi penyingkiran karbon dioksida yang dimajukan PETRONAS, tetapi juga pembabitan projek yang 80 peratus disertai kontraktor tempatan,”  – berita harian

Projek ini telah berjaya disiapkan 4 bulan lebih awal daripada jadual asal.

INFO BERKENAAN PROJEK TGAST

  • 10 juta jam bekerja tanpa kemalangan (Lost Time Injury – LTI)
  • 1300 hari tanpa sebarang kemalangan
  • Penggunaan Sistem Membran PN-1 dalam proses penyingkiran karbon dioksida dimajukan PETRONAS
  • 80 peratus dibangunkan oleh kontraktor tempatan

Sumber Berita

  1. PETRONAS lancar terminal gas termaju. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/node/273968

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here