Belanjawan Alternatif yang dibentangkan oleh Pakatan HARAPAN memberikan harapan kepada negeri pengeluar petroleum iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu serta Kelantan.

Menerusi Malaysia Kini, HARAPAN perlu memastikan belanjawan fisikal dan Petronas tidak dimudaratkan sehingga tidak boleh diperbaiki oleh sebab susunan sedemikian.

“Oleh itu kerajaan negeri pengeluar minyak dijangka mengambil lebih tanggungjawab peruntukan belanjawan. Perbezaan yang jelas adalah kerajaan negeri ini akan mempunyai kuasa elektif atas apa yang hendak dibelanjakan,” kata HARAPAN

Agihan Royalti Minyak Buat Masa Kini:

  1. Sabah & Sarawak : 5%
  2. Terengganu: Sumbangan Wang Ehsan
  3. Kelantan: 0%

Belanjawan alternatif Pakatan HARAPAN turut membangkitkan isu tuntutan Sabah dan Sarawak dalam mewujudkan operasi minyak dan gas sendiri sepertimana yang dilakukan Petronas.

Kelantan dan Terengganu telah lama dinafikan royalti minyak ketika di bawah pemerintahan PAS pada masa pentadbiran negara diterajui oleh Tun Dr Mahathir.

Royalti Minyak Petronas Negeri Terengganu

Royalti minyak 5% kepada Terengganu telah ditarik oleh kerajaan pusat dan digantikan dengan pemberian wang ehsan kepada rakyat Terengganu.

Ketika Barisan Nasional kembali memerintah Terengganu, Menteri Besar ketika itu Idris Jusoh tidak membangkitkan isu royalti minyak Terengganu.

Ketika Terengganu diperintah oleh Datuk Ahmad Said, Terengganu telah menerima wang royalti minyak sebanyak RM650 juta daripada RM1.4 bilion yang dituntut daripada kerajaan Persekutuan antara November 2008-April 2009.

Rujukan:

  1. Malaysia Kini. Negeri pengeluar minyak dapat royalti 20 peratus. 25 Okt 2017. https://www.malaysiakini.com/news/399506
  2. Wikipedia. Royalti Minyak Petronas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Royalti_minyak_Petronas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here