FLNG adalah singkatan daripada Floating Liquefied Natural Gas (Gas Asli Cecair Terapung). Kemudahan (PFLNG SATU) yang dibina ini merupakan sebuah kapal untuk mencair, menghasil, menyimpan dan memindahkan gas asli cecair.

PFLNG SATU merupakan projek kemudahan gas asli cecair pertama di dunia seumpamanya dan kajian telah dilakukan sedekad sebelum keputusan akhir dibuat untuk membina PFLNG SATU.

Objektif utama pembinaan FLNG ini adalah untuk memanfaatkan rizab gas di lapangan yang terpencil dan boleh dikatakan terbiar sebelum ini.

Dengan pembinaan FLNG ini juga melonjakan reputasi dan nama Petronas selaku pembekal LNG pilihan dan dipercayai secara global.

Ringkasan Percapaian Perlaksanaan Projek PFLNG SATU

Kronologi Pembinaan PFLNG – Secara Ringkas

  • Jun 2012 – Petronas telah menganugerahkan kontrak kepada EPCIC untuk Projek LNG Terapung
  • Jun 2013 – Petronas mengadakan Majlis ‘Steel Cutting’ untuk Projek LNG Terapung Pertama
  • Jan 2014 – Petronas memulakan proses ‘Keel Laying’ untuk FLNG pertamanya
  • Feb 2014 – Petronas capai kata akhir untuk keputusan pelaburan FLNG keduanya
  • April 2014 – Petronas melancarkan ‘Hull’ (Badan Kapal) untuk FLNG pertama
  • Sept 2014 – Petronas memulakan proses mengangkat ‘Topside Modul’ untuk FLNG
  • April 2015 – Projek FLNG Petronas yang pertama telah melepasi 12 juta jam bekerja tanpa ‘Lost Time Injury’ – LTI
  • April 2015 – Kemudahan Loji Terapung LNG pertama Petronas 91 peratus siap
  • Jun 2015 – Petronas mengadakan Majlis ‘Steel Cutting’ untuk Projek LNG Terapung Kedua
  • Okt 2015 – 15 juta jam bekerja tanpa LTI untuk PFLNG SATU
  • Nov 2015 – Petronas memulakan proses ‘Keel Laying’ untuk FLNG kedua
  • Dec 2015 – PFLNG SATU 95% Siap
  • Feb 2016 – Petronas menganugerahkan kontrak kepada Barakah Offshore melalui anak syarikat milik penuhnya, PBJV untuk kerja-kerja PFLNG SATU luar pesisir pantai
  • Mac 2016 – Petronas secara rasminya menamakan FLNG pertama mereka dengan nama PFLNG SATU
  • Mac 2016 – DSME selesai melakukan kerja-kerja pembinaan FLNG pertama dunia
  • April 2016 – PFLNG DUA siap dan diserahkan mengikut jadual
  • Mei 2016 – PFLNG SATU dibawa belayar balik ke Malaysia
  • Nov 2016 – Gas pertama dari PFLNG SATU di Kanowit Gas Field
  • Dec 2016 – Pengeluaran gas cecair pertama berjaya
  • April 2017 – FLNG Pertama Dunia berjaya memuat cargo pertama ke LNG carrier Seri Camellia untuk pasaran Asia Selatan

Kejayaan projek ini adalah hasil gabungan 3 syarikat besar ini secara langsung:

  • Petronas
  • Technip
  • DSME

Antara Fakta Menarik Mengenai Petronas FLNG Satu

  • Menggunakan 132 000 ton besi
  • Panjang 365 meter bersamaan 75 tingkat Menara Berkembar Petronas
  • Beroperasi di 180km luar pesisir pantai Bintulu, Sarawak
  • 155 staf (145 lelaki, 10 wanita
  • Mampu beroperasi selama 20 tahun
  • Mampu beroperasi pada kedalaman 200meter
  • Mampu menghasilkan 1.2 juta ton gas cecair asli setahun
  • Menjana 100,000 KW sehari

Fakta PFLNG SATU

TONTON: Dokumentari ‘Super Tanker – LNG Carier’ oleh Engineering Connections

Rujukan

  1. Petronas Floating LNG. Petronas Official. https://goo.gl/5xTolg
  2. Petronas FLNG SATU. Technip. https://goo.gl/Nmlm5F

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here