Hanya bergantung pada jaket keselamatan, lima lelaki warga Thailand berjaya menyelamatkan diri walaupun terpaksa berhempas pulas berenang selama 12 jam sebelum berpaut pada tiang Pelantar Minyak Resak di kedudukan kira-kira 108 batu nautika dari Kuala Kemaman semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, kesemua krew kapal tersebut dibantu pekerja pelantar minyak selepas kapal kargo dinaiki mereka karam akibat dibadai ombak setinggi hingga lima meter.

Foto: kosmo.com.my

Dalam insiden itu, kapten kapal, Chumpon Kongphet, 31, bersama krewnya, Bunrod Talalak, 65; Adul Jampa, 38; Bordin Chantana, 43 dan Hongvengjun, 32, dalam pelayaran dari Songkla iaitu kawasan pantai timur Thailand menuju ke Ranong, Phuket yang terletak di pantai barat negara tersebut untuk membaikpulih kapal berkenaan.

Chumpon berkata, kapal kargo yang diperbuat daripada kayu itu pecah selepas dipukul ombak ekoran cuaca buruk.

“Lepas bot pecah, kapal kami karam dan jaket keselamatan ibarat menjadi penyambung nyawa kami.

“Kami hanyut agak lama sebelum ternampak pelantar minyak. Dengan sisa tenaga yang ada, kami berenang ke arah pelantar itu dan berpaut pada tiang,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.

Kesemua mangsa tersebut kemudiannya diselamatkan oleh krew pelantar minyak berkenaan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Timur. – KOSMO ONLINE

Kejadian kapal karam itu adalah yang kedua dalam tempoh 24 jam selepas sebuah kapal dengan muatan kelapa dari Indonesia karam pada kedudukan 22.5 batu nautika dari Kuala Terengganu, Ahad lalu.

Sumber:
1. KOSMO ONLINE. Lima lelaki warga Thailand hanyut 12 jam. 28 NOV 2017. http://www.kosmo.com.my/negara/lima-lelaki-warga-thailand-hanyut-12-jam-1.562557

Video Viral Pekerja Offshore Selamatkan Orang Hanyut

Dibawah adalah video yang sedang viral dimana pekerja Offshore telah menyelamatkan orang hanyut.

Walau bagaimanapun tidak dapat disahkan mangsa dalam video berkenaan adalah mangsa bot karam daripada Thailand seperti dalam berita atau tidak.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here