Projek Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) yang dibina oleh Petronas telah mencapai kemajuan 77 peratus siap.

Menurut Utusan Malaysia, Perdana Menteri berkata projek berkenaan bersedia untuk beroperasi pada suku pertama tahun 2019.

2 daripada 6 kemudahan sokongan kompleks berkenaan telahpun memulakan proses pentaulihan merangkumi Terminal Regasifikasi LNG 2 (RGT2) dan Loji Kojana Pengerang (PCP).

RGT2 kemudahan berkapasiti 3.5 Juta setahun ini menyokong inisiatif liberalisasi pasaran gas di Malaysia dan menjamin kesinambungan bekalan gas di masa akan datang.

PCP pula merupakan loji yang bakal menghasilkan 1,220 megawatt tenaga elektrik dan membekalkan stim berterusan sebanyak 1,480 tan sejam selain membekalkan 400 megawatt tenaga elektrik untuk grid kebangsan.

RGT 2 dan PCP merupakan dua komponen penting dalam merealisasikan impian kerajaan mewujudkan sebuah pusat pembangunan industri hiliran minyak dan gas negara.

Rujukan

  1. Utusan Online. Nurul Huda Hassan. PIC sudah siap 77 peratus – PM. 24 Okt 2017. http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pic-sudah-siap-77-peratus-pm-1.542025

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here