Pertanyaan bagaimana untuk bekerja dalam sektor minyak dan gas pastinya antara soalan yang selalu diajukan oleh golongan yang mempunyai minat untuk menceburi bidang ini.

Untuk ringkasan, kami boleh katakan untuk bekerja dalam industri ini kita boleh kategori kepada 3.
1. Onshore – Loji daratan/Pesisir
2. Offshore – Pelantar Minyak/Luar pesisir
3. In Direct – Bekerja dengan syarikat minyak dan gas tetapi tidak secara langsung terlibat di plant onshore mahupun plant offshore

Dari sudut profesion yang ditawarkan pula, sektor minyak dan gas secara umumnya juga sama seperti industri-industri lain seperti engineer, human resource,finance, dan pelbagai lagi jawatan lain.

1. KEPERLUAN ASAS UNTUK BEKERJA DI ONSHORE
Untuk bekerja di loji minyak beberapa kursus perlu untuk diambil oleh pekerja sebelum dibenarkan memasuki loji minyak dan gas di Malaysia. Terutamanya untuk loji Petronas. Antaranya;

i. OIL GAS SAFETY PASSPORT (OGSP) – NIOSH
OGSP adalah kursus wajib untuk diambil di NIOSH sebelum dibernarkan bekerja mahupun memasuki loji minyak dan gas di Malaysia.

ii. ONSHORE MEDICAL
Tidak cukup dengan OGSP, anda seterusnya perlu membuat ujian kesihatan untuk mendapatkan pengesahan kesihatan anda berada dalam keadaan baik. Individu yang mempunyai masalah kesihatan tidak akan dibenarkan untuk bekerja dalam loji minyak di Malaysia.

Ini adalah langkah untuk mencegah daripada kejadian yang tidak diingini ketika anda bekerja di loji minyak.

Hanya klinik yang mendapat kelulusan sahaja boleh keluarkan surat akuan kesihatan anda. Klinik Perlu ada Cop AME – Approved Medical Examiners.

SENARAI DIATAS ADALAH KEPERLUAN ASAS. Cukup untuk anda lepas memasuki loji minyak dan gas. Kursus-kursus kompeten yang lain saya akan terangkan kemudian.

2. KEPERLUAN ASAS UNTUK BEKERJA DI OFFSHORE
Untuk bekerja di pelantar minyak pula, berikut adalah keperluan asas bagi melayakan anda bekerja di pelantar minyak.

i. OPITO T-BOSIET
Traning provider

  • TSTC – Terengganu
  • CONSIST – Kuala Lumpur
  • MSTS – Johor

2. OFFSHORE MEDICAL
Juga sama seperti di Onshore, perlu membuat ujian kesihatan

3. SMART CARD , Loss Prevention System, LPS (Exxonmobil)
Kad ini biasanya akan disediakan oleh syarikat yang anda bakal bekerja.

p/s: Jika terdapat sebarang penambahan atau persoalan, boleh ajukan diruangan komen diatas.
p/s/s: Saya tidak pernah ke Offshore jadi jika terdapat kesilapan maklumat berkenaan dokumen yang diperlukan untuk ke offshore, sila beri teguran.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here