Harga minyak dunia ditentukan berdasarkan permintaan dan pengeluaran. Peningkatan permintaan minyak akan menjadikan harga dipasaran meningkat dan jika berlaku lambakan pengeluaran maka harganya turun secara mendadak.

Ini merupakan antara prinsip asas dalam ekonomi berkenaan permintaan dan pengeluaran.

Jika dilihat kembali harga pasaran minyak sekitar tahun 2000-2008, harga minyak berada paras terendah pada Nov 2001, US$26.82 setong dan terus naik secara mendadak sehigga berada pada nilai US$156.34 setong pada Jun 2008.

Pada ketika itu, harga meningkat disebabkan permintaan yang tinggi oleh China dan India serta pengurangan pengeluaran daripada OPEC membantu harga berada dikemuncak.

Tidak lama kemudian, berlakunya kemelesatan ekonomi global menyebabkan harga minyak jatuh secara drastik sehingga berada dibawah paras US$50 pada Jan 2009.

Pada tahun berikutnya pemulihan ekonomi global melonjakkan kembali harga minyak sehinggakan harga minyak dunia berada diatas US$100 sehingga Ogos 2014.

Ketika harga minyak melambung tinggi syarikat-syarikat minyak mendapati adalah menguntungkan untuk mengeluarkan minyak di medan-medan minyak yang sukar untuk penggerudian.

Syarikat minyak di Amerika mula menggunakan teknik baru seperti ‘fracking’ dan penggerudian mendatar untuk mengeluarkan minyak dari pembentukan syal (shale formation) di North Dakota dan Texas.

Manakala Kanada pula menggunakan teknik pemanasan pasir berminyak di Aberta menggunakan wap untuk mendapatkan minyak.

Hal ini menjadi antara faktor penyumbang peningkatan pengeluaran minyak di pasaran.

Kejatuhan harga pada 2014 sehingga berada pada paras terendah pada Jan 2016, US$29.38 dan kembali naik pada 2017 sekitar US$40-US$60.

Graf harga minyak dalam tempoh 20 tahun. www.macrotrends.net

Menurut Astro Awani Online pula terdapat 4 faktor penyumbang kepada kejatuhan harga minyak secara mendadak pada 2014.

1. Tiada Tindakan daripada OPEC

Pada ketika harga minyak menjunam, OPEC pada ketika ini memutuskan untuk tidak akan mengurangkan pengeluaran minyak.

Mungkin langkah yang diambil OPEC ini ingin melihat Amerika akan mengurangkan pengeluaran mereka apabila harga minyak menjunam kerana penggunaan teknik ‘Fracking’ memerlukan kos yang lebih tinggi.

Namun, sehingga hari ini Amerika terus meningkatkan pengeluaran minyak mereka.

2. Peningkatan Pengeluaran Minyak Amerika dan Dunia

Meskipun OPEC telah mengambil langkah untuk mengawal pengeluaran minyak tetapi pengeluaran minyak daripada negara-negara lain terus meningkat.

Pada 2014, data yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga menunjukan hampir pengikatan 2 kali ganda jika dibandingkan pengeluaran pada 2005.

Kanada dan Rusia juga mencatatkan peningkatan pengeluaran manakala Libya pula kembali mengeluarkan minyak pada 2014 setelah terhenti pada 2011 akibat krisis perang saudara.

3. Penurunan Permintaan

Menurut The Washington dipetik menerusi Astro Awani, walaupun Amerika sudah pulih dari kemerosotan ekonomi pada 2014 tetapi masih banyak negara lain yang belum berjaya untuk pulih pada ketika itu.

Jadi ketika itu permintaan kepada minyak berkurangan. Permintaan minyak di Asia dan Eropah sangat lemah terutamanya disebabkan oleh pertumbuhan yang perlahan di China dan Jerman ketika itu.

4. Pengeluaran Kenderaan Cekap Tenaga

Dengan perkembangan teknologi kenderaan cekap tenaga berjaya dihasilkan untuk mengurangkan penggunaan minyak.

Purata kecekapan minyak sebuah kenderaan ringan di Amerika ialah 58km setiap gelen pada 2013 berbanding hanya 40km setiap gelen pada 1980-an.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya berlaku pengurangan permintaan dan lebihan pengeluaran minyak yang menjadi faktor penurunan minyak secara mendadak pada 2014. Namun, didorong oleh faktor-faktor lain dalam pengurangan permintaan dan lebihan pengeluaran.

Rujukan

  1. Kenapa harga minyak mentah dunia jatuh?. Astro Awani. 29 Nov 2014. https://goo.gl/zzeIIF
  2. What are the reasons why oil prices are getting lower day by day in the international market?. Quora. 27 Jan 2015. https://goo.gl/a2XUh8
  3. Why did oil prices drop so much in 2014?. Investopidia. 3 Mac 2015. https://goo.gl/qnqT2I
  4. Crude Oil Prices – 70 Year Historical Chart. Macro Trends. https://goo.gl/Byf9y2
  5. Foto Oleh www.gcaptain.com. https://goo.gl/DLvGaW

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here