Syarikat Minyak Brunei Shell mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya menemui telaga minyak dan gas di daratan dalam tempoh 37 tahun. Telaga minyak dan gas berkenaan ditemui di Telaga Layang-layang di kawasan Lumut.

Penemuan telaga minyak dan gas berkenaan merupakan pertama kali menggunakan kaedah geologi terbaru Shale Diaper Trap.

Apa yang lebih bermakna adalah telaga minyak dan gas ini berada di Seria Field, merupakan medan minyak pertama dan tertua di Brunei yang ditemui pada tahun 1929.

Telah minyak berkenaan telah digerudi dengan jayanya sedalam 4,319, kedalaman yang lebih tinggi daripada Gunung Kinabalu.

Jumlah sebenar penemuan berkenaan masih belum dinilai tetapi anggaran awal menunjukan potensi pendapatan bersamaan 15% daripada belanjawan tahunan negara Brunei sebanyak $6 bilion.

Pasukan disebalik Layang-Layang Well – FOTO: EIDPMO
T203 Land Rig – FOTO: BORNEOBULETION.COM

Penemuan ini sudah tentu menjadi berita yang baik kepada Brunei dengan penambahan sumber negara dan prospek kawasan sekitar yang masih belum digerudi. Brunei merancang untuk memulakan penggerudian di tiga lagi tempat pada 2017 dan 2018.

Dengan penemuan ini juga bakal membawa kepada penerokaan lebih banyak minyak dan gas daratan untuk masa akan datang di Brunei dan membuka lebih banyak peluang kepada Brunei dalam sektor Hilirian

Penerokaan itu dijangka akan membawa kepada lebih banyak perkembangan minyak dan gas darat pada masa akan datang serta akan membuka lebih banyak peluang bagi Brunei dalam sektor hiliran.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here