Jika kita amati di Malaysia kebanyakkan tangga gaji yang dinikmati oleh lepasan ijazah di Malaysia adalah sekitar MYR 1 800 hingga ke 4 500. Ini bergantung kepada industri, syarikat dan juga servis yang ditawarkan.

Saya hanya akan mengulas yang setimpal dengan perjalanan kerjaya saya SAHAJA.

Sepanjang pemerhatian saya didapati bahawa kebanyakkan Jurutera di Malaysia boleh dikelaskan sebagai ‘underpaid’. Kenapa dan bagaimana perkara ini boleh berlaku?

Mari kita ambil ‘case study’ diantara Dayang Enterprise Holdings Bhd (DEHB) dan juga syarikat gergasi kejuruteraan Norway iaitu Aker Solutions.

Pada tahun 2012, Aker Solutions telah memenangi kontrak ‘Maintenance, Modification & Operation, MMO’ daripada Brunei Shell Petroleum yang bernilai USD 400 juta (bersamaan MYR 1.7 billion).

Ini adalah penyertaan pertama kali daripada Aker Solutions, MMO di Asia Tenggara untuk membaik pulih pelantar minyak sedia ada di perairan Laut China Selatan.

Manakala Dayang Enterprise Holdings Bhd (DEHB) pula pada tahun 2013 telah memenangi kontrak ‘Hook Up Construction & Commissioning, HUCC’ daripada Petronas Carigali Sdn Bhd yang bernilai MYR 1.5 billion.

Ini tidak termasuk kontrak bernilai MYR 2 billion dan MYR 300 juta yang dimenangi melalui bidaan projek Shell di Sarawak dan Murphy Oil Corporation. Tidak perlu diperkenalkan lagi kontraktor tempatan ini, mereka sudah sinonim dengan dunia huluan.

Baiklah, kedua-dua syarikat ini mempunyai latar belakang yang hampir sama berdasarkan kepada kontrak yang telah dimenangi. Jadi, adalah munasabah untuk membandingkan gaji pekerja di syarikat ini.

Menurut Glassdoor, peringkat lepasan ijazah diambil bekerja di DEHB dan mampu meraih pendapatan secara purata sebanyak MYR 1 900 hingga MYR 2 000.

Manakala dengan pengalaman kerja 2 hingga ke 3 tahun bekerja mereka mampu meraih MYR 2 500 hingga MYR 3 500. Bergantung kepada kemahiran merunding setiap individu.

Di Brunei dengan pengalaman kerja yang hampir sekata, seorang Jurutera mampu meraih pendapatan secara purata sebanyak BND 1.5X dari Aker Solutions Brunei.

Jika diambil kira kemahiran dan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada seorang pekerja oleh majikannya dapat disimpulkan bahawa beban dan ‘accountability’ kerja mereka adalah lebih kurang sama sahaja.

Ini berlaku (pada pendapat saya), rakyat Malaysia (termasuk saya) kurang keyakinan diri. Kita telah biasa dimomokkan dengan ‘alah, biasalah lah bro. Bersyukur dengan rezeki Allah SWT’.

Tunggu dulu! Saya tidak mengaitkan dengan latar belakang kepercayaan anda.

Bersyukur tidak bertempat adalah salah satu kata-kata hikmat yang terus-menerus diturunkan kepada satu generasi kepada satu generasi yang lain tanpa usul periksa (yalah ‘curiousity will kills the cat’).

Kita hilang punca dan tidak mengetahui nilai harga diri.

Ditambah pula dengan kata-kata hikmat yang kedua ‘alah, ambil aje kerja apa-apa. Tak semestinya engineering kena kerja engineering. Ko nie, kolotlah’.

Maka bertambah menunuduklah kita seperti tunduknya sang padi menyembah bumi kerana ‘otai’ telah menasihati kita sedemikian rupa tanpa mengambil langkah proaktif untuk terus bertanya dan membaca.

Ini merupakan salah satu faktor utama di Malaysia julat tangga gaji adalah mendatar sejak berkurun lamanya. Majikan mengambil kesempatan ke atas ‘inferiority’ rakyat Malaysia.

Angka pengangguran dan jumlah para siswazah yang tamat pengajian menambah burukkan keadaan ini.

Khazanah Nasional melaporkan bahawa pendapatan syarikat dan gaji pekerja adalah tidak setimpal dengan jumlah keuntungan.

Jika Khazanah Nasional berjaya menurunkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat GLC, maka perkara yang sama juga dapat dilaksanakan kepada para pekerja.

Pakej gaji yang besar (setimpal dan bersesuaian dengan peranan serta tanggungjawab) adalah sumber motivasi bagi setiap pekerja.

Jika perbezaan jurang ini berterusan (pasaran kerja tempatan dan luar negara) maka ianya dikhuatiri akan melemahkan semangat mereka yang tidak mendapat manfaat (gaji yang setimpal).

Seterusnya menjadikan Malaysia kekurangan tenaga kerja yang diperlukan untuk membangunkan negara.

Jalan penyelesaian terbaik adalah kita memerlukan satu fenomena seperti di BP di mana para pemegang saham tidak bersetuju menaikkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif nya ekoran pendapatan yang berkurangan.

P.S: Persoalan seterusnya: Adakah kita Jurutera ‘overqualified’?
(Ada orang tak suka cara saya buat macam gini. Beliau lebih suka disuap penuh ke dalam mulut)

Artikel ini adalah perkongsian daripada Ikhwan Hafiz. Boleh ikuti beliau di Rak Buku Ikhwan.

Sumber:

  1. Aker Bags $400M Offshore Services Contract with Brunei Shell Petroleum by Rigzone.com
  2. Petronas Awards Major Offshore Hook-Up, Commissioning and Maintenance Contract by Petroliam Nasional Berhad (Petronas)
  3. Brunei Shell Petroleum – Maintenance and Modification Management Services by Aker Solutions
  4. Dayang Enterprise Holdings Bhd (DEHB) Annual Report
  5. MIDF GROUP
  6. Reducing the remuneration gap in GLCs by The Star Online
  7. Households are better off, Malaysians living longer, says Khazanah Research Institute by The Star Online
  8. 8) The State of Households November 2014 Khazanah Research Institute
  9. Featured Foto Oleh Astro Awani. https://goo.gl/KUTYnp

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here